Tuesday, June 2, 2009

Identiti PSS SKST

VISI PSS
Membudayakan teknologi di dalam proses P & P selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan pelan Induk Pembangunan Pendidikan

MISI PSS
Menjadikan PSS SK Sepri tengah sebagai pusat penyebaran maklumat dan ilmu kepada semua warga sekolah.

MATLAMAT PSS

Meningkatkan mutu pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sepri Tengah melalui penyediaan BBM yang berkesan dan wujud di dalam kuantiti yang banyak
Membentuk program perguruan yang berilmu dan bersahsiah
Membentuk golongan pelajar yang berilmu pengetahuan, kreatif dan berinovatif
Mendedahkan pelajar tentang maklumat semasa melalui penggunaan bahan di PSS
Membentuk budaya membaca di kalangan warga SK sepri Tengah

OBJEKTIF PSS
Kecemerlangan pendidikan
Meningkatkan mutu pengajaran – pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.

Penggunaan Kemudahan Di PSS
Menggalakkan para pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

Pemupukan Tabiat Belajar
Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian, penggunaan maklumat secara sistematik sama ada di Pusat Sumber, Perpustakaan ataupun Makmal ICT

Penghasilan Bahan
Membantu para pelajar dan guru untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran dan seterusnya memurnikan lagi bahan bantu untuk kegunaan pada waktu akan datang

Perkhidmatan Pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi Keperluan-keperluan pembelajaran yang berbeza dalam kalangan pelajar-pelajar.

Kemahiran Mengumpul maklumat
Melatih pelajar mengu,pul dan mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran